Mesyuarat Pengurusan Tekno-ICT Sekolah Bil.2 & Taklimat Smart School Qualification Standard (SSQS) 2016

Mesyuarat Pengurusan Tekno-ICT Sekolah Bil.2 & Taklimat SSQS 2016 ini telah diadakan dengan jayanya pada 19 Ogos 2016 bertempat di Bilik Zamrud PKG Sentul. Taklimat ini melibatkan seramai 44 orang Guru ICT dan Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli PKG Sentul. Pelbagai agenda telah dibincangkan bersama antaranya Penyelenggaraan ICT, VLE Frog, 1Bestarinet & SSQS 2016. Mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi ini turut membincangkan hal berkaitan panduan laporan penyelenggaraan ICT dan pengisian data dongle 1Bestarinet yang akan ditutup pada 22hb. Ogos 2016 ini. Pelbagai persoalan yang telah terjawab dan diharapkan ia dapat membantu pihak sekolah. Justeru itu, PKG Sentul mengucapkan Terima Kasih atas kehadiran Ketua Unit dan Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pembestarian Sekolah BTPNWPKL; En. Abd. Halim b. Abu Samah & En. Mohamad Asif Mushadat b. Abdul Saha. 


Sebagai memberi semangat dan ucapan Terima Kasih kepada GICT & GPB yang bertungkus lumus memastikan SSQS Sekolah Ahli PKG Sentul pada tahap yang terbaik, kami telah menyampaikan cenderahati kepada 32 sekolah yang telah menyelesaikan instrumen responden SSQS. 


Daun Selasih, Ikan Puyu,Terima kasih, Thank you.  













































0 comments: