SEGMEN ICT : Khidmat Bantu ICT SK Convent Sentul 1

Khidmat bantu ICT telah diadakan di SK Convent Sentul 1 pada 9 Januari sehingga 12 Januari yang lalu. Khidmat bantu pada kali ini melibatkan 5 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dari sekolah dan PKG Sentul iaitu
1. En Saifizan Afzarin Bin Abdul Latib - PKG Sentul
2. En Muhammad Shauqi Bin Che Omar - SMK Raja Abdullah
3. En Wan Rohaizad Bin Wan Zakaria - SK Intan Baiduri
4. En Nasarudin Bin Yusof - SM Sains Sri Puteri
5. En Mohd Khairul Ajmain Bin Omar - SK Bandar Baru Sentul
Khidmat bantu pada kali ini membantu sekolah untuk memasang rangkaian LAN bagi memastikan sekolah mendapat liputan internet yang menyeluruh untuk satu sekolah. Disamping itu,khidmat bantu pada kali ini juga menyusun atur kembali rangkaian LAN serta komputer dekstop di bilik komputer sekolah.Semoga pihak sekolah dapat memanfaatkan kemudahan internet sekolah untuk pembelajaran dan pengajaran murid di sekolah














0 comments: