MESYUARAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN TEKNO ICT BIL. 2/2017 DAN TAKLIMAT SSQS 3.0.

Isnin | 24 Julai 2017M | 30 Syawal 1438H | Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Tekno ICT sekolah ahli PKG Sentul Bil. 2/2017 dan Taklimat SSQS 3.0 telah diadakan di Pusat Sumber PKG Sentul. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Guru ICT dan Guru Penyelaras Pembestarian sekolah ahli PKG Sentul. Pihak PKG Sentul telah menyalurkan maklumat berkaitan e-data, 1 Bestarinet, Penyelenggaraan sekolah dan VLE Frog. Guru ICT yang baru dilantik oleh pihak sekolah juga telah didaftarkan supaya pihak PKG Sentul dapat memastikan guru baru ini tidak ketinggalan dalam mendapatkan informasi terkini berkenaan ICT. 

        Taklimat berkenaan SSQS 3.0 telah disampaikan oleh Cik Syam Irza bt. Mohd Sham bagi melancarkan pelaksanaan SSQS yang sedang dijalankan bermula 15 Julai 2017 hingga 31 Ogos 2017 ini. Diharapkan agar pihak sekolah dapat menyelesaikan SSQS sebelum tiba tarikh akhir. Turut hadir ialah Encik Mohd Fakruddin bin Musa selaku Penolong Pengarah Pentadbiran BTPNWPKL yang memberikan sedikit amanat kepada semua peserta. Beliau turut menegaskan agar terdapat peningkatan dalam penggunaan VLE Frog di sekolah supaya dapat melepasi KPI yang telah ditetapkan. 



0 comments: