MAJLIS MESRA HARI RAYA DAN BACAAN DOA SELAMAT.

Isnin | 24 Julai 2017M | 30 Syawal 1438H | Majlis Mesra Hari Raya dan Bacaan Doa Selamat telah diadakan pada 24 Julai 2017, bertempat di Pusat Sumber Pusat Kegiatan Guru Sentul.  Majlis bacaan doa ini diadakan sempena meraikan Encik Roslan bin Mohd Ali (PKG Sentul) dan Puan Aidah bt Md Noor (SK Convent Sentul 1) yang bakal mengerjakan fardhu haji pada tahun ini. Majlis ini dijalankan dengan ringkas serta penuh ukhwah dan muafakat. Jamuan hari raya dijadikan selingan sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd. Fakruddin bin Musa selaku Penolong Pengarah Pentadbiran yang mewakili Tuan KPP, Pegawai Teknologi Pendidikan WPKL dan guru GPB dan GICT sekolah ahli PKG Sentul. Semoga Encik Roslan dan Puan Aidah akan memperoleh haji yang mabrur dan sentiasa sihat semasa menyempurnakan ibadah haji nanti.


0 comments: