Penyelenggaraan

Tindakan Pihak Sekolah

SEBELUM PENYELENGGARAAN
  1. Jika ada peralatan ICT yang rosak, lengkapkan Borang Aduan Kerosakan Infrastruktur ICT.
  2. Sediakan salinan Kew.PA 2 yang telah disahkan.
  3. Sediakan Borang Kew.PA 9. (Borang Asal)
  4. Maklumkan kepada Juruteknik Komputer PKG masing-masing untuk mengaturkan temujanji verifikasi kerosakan.
  5. Juruteknik Komputer PKG akan melaporkan aduan ke STS jika peralatan perlu diselenggara oleh pihak syarikat.
  6. Sediakan salinan Kew.PA 14 yang disahkan sekiranya peralatan yang dilaporkan rosak pernah disenggara pada tahun 2014 dan sebelumnya.
  7. Kumpulkan peralatan yang dilaporkan rosak di satu lokasi bagi memudahkan pemeriksaan.
  8. Juruteknik Komputer MHS Resources Sdn Bhd akan hadir ke sekolah untuk membuat pemeriksaan. Pastikan wakil syarikat menunjukkan Surat Kebenaran Memasuki Kawasan Sekolah.
  9. Selepas peralatan diperiksa, sahkan borang PPP. Borang PPP akan disediakan oleh MHS Resources Sdn Bhd.
  10. Jika ada peralatan yang perlu dibawa keluar dari kawasan sekolah, pihak syarikat perlu menyediakan Loaner Unit.Loaner Unit ini hendaklah berfungsi dan spesifikasinya setara atau lebih tinggi daripada spesifikasi peralatan yang dibawa keluar.
  11. Pihak syarikat akan mengmukakan sebutharga untuk kerja penyelenggaraan kepada Unit Perkhidmatan ICT (UPICT) BTPNWPKL bagi memohon Local Order (Pesanan Tempatan) untuk melaksanakan kerja.

SEMASA PENYELENGGARAAN

  1. Pastikan pihak sekolah telah menerima salinan dokumen sebutharga yang dikemukakan oleh syarikat kepada UPICT BTPNWPKL dari PKG masing-masing. 
  2. Di peringkat awal, syarikat akan menghantar peralatan dan komponen gantian sahaja.
  3. Apabila menerima peralatan dan komponen gantian, bandingkan senarai peralatan yang diterima denagan salinan dokumen sebutharga yang diterima dari PKG. Pihak sekolah perlu mengesahkan dan menandatangani Delivery Order (DO) dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) sahaja. Buat salinan DO dan SAP untuk rekod sekolah.
  4. Wakil syarikat yang membuat penghantaran bertanggungjawab menghantar peralatan dan komponen gantian ke lokasi penyimpanan yang selamat yang ditentukan oleh pihak sekolah. 
  5. Juruteknik Komputer syarikat akan hadir dan melaksanakan kerja penyelenggaraan.
  6. GPB / GICT / JTK sekolah tidak perlu melakukan sebarang kerja penyelenggaraan kerana pihak syarikat telah dibayar untuk kos alat ganti dan kos melaksanakan kerja.
  7. Jika berkesempatan, GPB / GICT / JTK sekolah digalakkan memantau / berada bersama semasa kerja penyelenggaraan dilaksanakan.

SELEPAS PENYELENGGARAAN

1. GPB / GICT / JTK sekolah perlu memastikan peralatan yang dilaporkan rosak telah pulih sepenuhnya dan sedia untuk digunakan. 
2. Bagi setiap peralatan yang diselenggara, syarikat akan menyediakan :
    a. Kew PA 14 dan perlu ditandatangani oleh Guru Aset / GPB / GICT / JTK sekolah.
    b. Sijil Pengujian dan Pentauliahan dan perlu ditandatangani oleh GPB / GICT / JTK sekolah dan disahkan oleh Pengetua / GB / GPK / Guru Kanan lain yang diberi kuasa secara bertulis.
3. Guru Aset / GPB / GICT / JTK sekolah perlu mengemaskini Kew PA 2 setiap peralatan yang diselenggara.
4. Pastikan semua peralatan yang diselenggara ditampal dengan pelekat syarikat. Semua maklumat pada pelekat dilengkapkan oleh syarikat.
5. Tempoh waranti peralatan yang diselenggara adalah selama 6 (enam) bulan dari tarikh SPP. Laporkan semula kepada syarikat jika berlaku kerosakan dalam tempoh waranti.

Senarai Sekolah Untuk Penyelenggaraan Fasa I 2015 WP Kuala Lumpur

Akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sila tunggu.

Senarai Sekolah Untuk Penyelenggaraan Fasa I 2015 WP Putrajaya

Akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sila tunggu.

**Sumber dari UPICT BTPNKL